Rasulullah SAW bersabda "haji itu ialah Arafah". Arafah yang berkedudukan 22 kilometer dari Kota Mekah sedang menjadi tumpuan jutaan umat Islam terutamanya mereka yang sedang menunaikan Ibadah rukun Islam yang kelima dalam rukun umat Islam.
Esok kita di Malaysia akan meyambut hari kebesaran bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha. Manakala hari ini lebih kurang 3 juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang berkumpul di Padang Arafah bagi menunaikan rukun haji terpenting dalam ibadat haji iaitu berwukuf. Atas kehendak Allah maka berkumpullah segala jenis dan bentuk manusia di muka bumi Arafah ini. Bagi mereka yang kurang berkeupayaan dan kesihatannya terganggu ketika sedang menunaikan ibadah ini, hanya doa dan ingatan sahaja yang membawa niat mereka beserta jutaan umat Islam yang lain.
Bagi kita yang berada di tanahair yang bertuah ini ,sudah pastilah kita akan sibuk untuk melaksanakan Ibadah Qurban apabila telah selesai sahaja muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat aidil adha.
Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Kauthar:1-2 bermaksud: ''Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur)."
Bagi fakir miskin kedatangan Hari Raya Aidiladha atau dikenali Hari Raya Haji memang amat ditunggu . Inilah ketikanya mereka akan memperolehi untuk memakan daging segar, kerana ramai orang Islam berkemampuan akan melakukan ibadah korban setahun sekali ini. Sangat besar nilai sebungkus daging yang diterima dan begitu nikmatnya dapat dimakan bersama ahli keluarga yang lain. Mengingati kisah pengobanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail maka ibadah qurban ini sudah menjadi satu kemestian bagi seluruh umat Islam untuk melakukan ibadah menyembelih binatang qorban. Binatang qorban ini boleh terdiri sama ada lembu, kerbau, kambing atau unta (berkaki empat).
Bagi kita yang berkemampuan inilah ketikanya untuk kita melaksanakan ibadah qurban. Banyak cara untuk kita melakukan ibadah qurban. Mudah2an amalan kita akan diterima oleh Allah SWT sepertimana ibadah yang sedang dilakukan oleh para jemaah kita di sana. Walauapapun yang kita lakukan, InsyaAllah, atas kehendak Allah SWT kita akan merayakan Hari raya Aidiladha pada 06 November 2011.
لَبَّيْكَ اللَّهمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لبَيْكَ،
إنَّ الْحَمْدَ وَاْلنِعْمَةَ لَكَ وَاْلمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu."
No comments:
Post a Comment