01 October 2013

! BUJANG SENANG !: Hukuman Murid Yang Tidak Menyiapkan Kerja Sekolah ...

! BUJANG SENANG !: Hukuman Murid Yang Tidak Menyiapkan Kerja Sekolah ...: Setiap budak sekolah , pasti harus menjalankan tugasnya, belajar dan mengerjakan kerja sekolah Kalau tidak? hmm .. siap2 mendapat hukuman ...

Peringatan Bagi Yang Lupa: Apa kita boleh belajar dari sistem dan pendekatan ...

Semoga kita mendapaat menafaat dan untuk kebaikan anak-anak kita...Peringatan Bagi Yang Lupa: Apa kita boleh belajar dari sistem dan pendekatan ...: Rencana September 06, 2013 ...

07 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada semua pemuja dan pengagum ANWAR...bacalah artikel di bawah. Tiada manusia sempurna. Kredit kepada blogger menulis di pasir..tq bro.



Anwar Pernah Rugikan Wang Rakyat sebanyak RM9.3 billion

05 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Rasulullah SAW bersabda "haji itu ialah Arafah". Arafah yang berkedudukan 22 kilometer dari Kota Mekah sedang menjadi tumpuan jutaan umat Islam terutamanya mereka yang sedang menunaikan Ibadah rukun Islam yang kelima dalam rukun umat Islam.
Esok kita di Malaysia akan meyambut hari kebesaran bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha. Manakala hari ini lebih kurang 3 juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang berkumpul di Padang Arafah bagi menunaikan rukun haji terpenting dalam ibadat haji iaitu berwukuf. Atas kehendak Allah maka berkumpullah segala jenis dan bentuk manusia di muka bumi Arafah ini. Bagi mereka yang kurang berkeupayaan dan kesihatannya terganggu ketika sedang menunaikan ibadah ini, hanya doa dan ingatan sahaja yang membawa niat mereka beserta jutaan umat Islam yang lain. 
Bagi kita yang berada di tanahair yang bertuah ini ,sudah pastilah kita akan sibuk untuk melaksanakan Ibadah Qurban apabila telah selesai sahaja muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat aidil adha. 
Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Kauthar:1-2 bermaksud: ''Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur)."
Bagi fakir miskin kedatangan Hari Raya Aidiladha atau dikenali Hari Raya Haji memang amat ditunggu .  Inilah ketikanya mereka akan memperolehi untuk memakan daging segar, kerana ramai orang Islam berkemampuan akan melakukan ibadah korban setahun sekali ini. Sangat besar nilai sebungkus daging yang diterima dan begitu nikmatnya dapat dimakan bersama ahli keluarga yang lain. Mengingati kisah pengobanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail maka ibadah qurban ini sudah menjadi satu kemestian bagi seluruh umat Islam untuk melakukan ibadah menyembelih binatang qorban. Binatang qorban ini boleh terdiri  sama ada lembu, kerbau, kambing atau unta (berkaki empat).
Bagi kita yang berkemampuan inilah ketikanya untuk kita melaksanakan ibadah qurban. Banyak cara untuk kita melakukan ibadah qurban. Mudah2an amalan kita akan diterima oleh Allah SWT sepertimana ibadah yang sedang dilakukan oleh para jemaah kita di sana. Walauapapun yang kita lakukan, InsyaAllah, atas kehendak Allah SWT kita akan merayakan Hari raya Aidiladha pada 06 November 2011.

لَبَّيْكَ اللَّهمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لبَيْكَ،
إنَّ الْحَمْدَ وَاْلنِعْمَةَ لَكَ وَاْلمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu."


Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

01 November 2011

Update blog

As salam kepada yang sudi singgah ...
Lama betul blog ini tak dijejaki dan dikemaskini. Alhamdulillah setelah sekian lama, akhirnya blog ini dapat jua di kemaskini seadanya. Rasanya telah hampir atau mungkin lebih setahun blog ini tidak dikemaskini. Syukur kehadzrat Ilahi kerana memberi peluang untuk mula menulis. Walaupun ketika ini tidak tahu dari mana hendak dimulakan penulisan ini, namun diharapkan akan ada idea dan kekuatan untuk berblog dilaman yang tidak seberapa ini. Apa yang diharapkan ialah agar kita semua mendapat perlindungan dan kekuatan yang tidak terkira dari Allah SWT. 

Kata Saidina Ali "kebatilan yang terancang boleh mengalahkan kebenaran yang tidak terancang". Oleh itu kita selalu memohon kehadzrat Ilahi agar kita sentiasa dilindungi dari godaan syaitan dan juga dari penipuan golongan - golongan yang zalim. Banyakkan berdoa dan juga jangan lupa untuk terus membaca Al Quran agar kita sentiasa terpelihara..InsyaAllah.
Ingatlah bahawa tiada jalan singkat untuk berjaya dan juga tiada jalan singkat untuk membina karisma diri dan kredibiliti

Salam Perpaduan
01 November 2011
10:15 am
Bandar Baru Kundang

GSTT di lantik semula...

Sehingga 18 Ogos lalu, seramai 7,920 telah dilantik semula sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh negara termasuk Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, daripada jumlah itu kira-kira 1,258 sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti melalui mode KPLI-KDC atau KDPM-KDC manakala 862 lagi tidak melaporkan diri untuk bertugas.

"Semua yang dilantik ini memenuhi syarat asas ditetapkan oleh kementerian iaitu berumur kurang 35 tahun pada 2010, berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun dan memenuhi syarat lantikan Anggota Perkhidmatan Awam," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abd Rahman Dahlan yang ingin mengetahui mengapa masih ada GSTT di Sabah yang belum diambil bekerja secara tetap.

Wee berkata, bagi negeri Sabah, sehingga bulan lalu, seramai 516 orang telah dilantik semula sebagai GSTT manakala selebihnya akan ditawarkan terus untuk mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada Januari 2012.

"Tawaran untuk mengikuti kursus-kursus di IPG bergantung kepada syarat asas mengikuti latihan perguruan seperti yang telah ditetapkan kerajaan," katanya.

Tambah beliau, kementerian sedang merancang untuk menyediakan kira-kira 7,508 tempat bagi semua GSTT yang telah dilantik bermula Januari 2012 menerusi mod sepenuh masa di bawah KPLI-SR, KPLSPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

- MSTAR

17 October 2009

Perbezaan Lelaki dan Perempuan waktu lunch time

Waktu lunch adalah perkara rutin bagi mereka yang kerja dipejabat dan dimana juga.
Hari ini kita akan melihat perbezaan diantara lelaki dan perempuan apabila tiba lunch time....Mari kita tengok!!!

Lelaki ada 10 step jer...

01. Waktu lunch jalan ketempat makan
02. Sampai kedai makan...masuk
03. Ambil pinggan
04. Letak nasi
05. Letak lauk
06. Ke kaunter....bayar la, apa lagi
07. Makan
08. Habis
09. Balik opis
10. Ke surau....

kalau perempuan mcmana yer.....?????ada yang boleh komen???

01.

01 August 2009

Mansuhkan ISA : Apa kata kita?

Hari ini ibukota Kuala Lumpur gegak gempita dengan mereka yang terlibat dengan Gerakan Mansuhkan ISA vs PERKASA/PEWARIS vs PDRM. Masing-masing ada pandangan masing-masing untuk pertahankan pendapat mereka. walaubagaimanapun tahniah dan terima kasih diucapkan pada pasukan Polis Malaysia keran berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Di bawah ini disiarkan kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi:

Mustahil untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa, kata menteri pertahanan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negara memerlukan undang-undang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain.

"Pada hemat saya, kita jangan lihat dalam negara kita sahaja. Lihat di negara jiran kita atau di negara-negara lain.

"Mereka pun mempunyai undang-undang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu.

"Maka ia (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan," katanya selepas merasmikan kursus pidato politik anjuran Umno Cheras hari ini.

Mengulas perhimpunan oleh Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris hari ini, Ahmad Zahid berkata
pihak berkenaan tidak perlu takut dengan kewujudan ISA jika mereka tidak melakukan kesalahan.

"Saya bercakap atas pengalaman pada tahun 1998. Saya rasakan walaupun masa itu saya ditahan (di bawah ISA), saya reda dengan keadaan itu.

"Apabila saya ditanya dan disoal siasat, saya berpendapat polis telah menjalankan kerja secara profesional," kata Ahmad Zahid.

Itu pandangan beliau, apa pula KATA KITA.........