17 October 2009

Perbezaan Lelaki dan Perempuan waktu lunch time

Waktu lunch adalah perkara rutin bagi mereka yang kerja dipejabat dan dimana juga.
Hari ini kita akan melihat perbezaan diantara lelaki dan perempuan apabila tiba lunch time....Mari kita tengok!!!

Lelaki ada 10 step jer...

01. Waktu lunch jalan ketempat makan
02. Sampai kedai makan...masuk
03. Ambil pinggan
04. Letak nasi
05. Letak lauk
06. Ke kaunter....bayar la, apa lagi
07. Makan
08. Habis
09. Balik opis
10. Ke surau....

kalau perempuan mcmana yer.....?????ada yang boleh komen???

01.

01 August 2009

Mansuhkan ISA : Apa kata kita?

Hari ini ibukota Kuala Lumpur gegak gempita dengan mereka yang terlibat dengan Gerakan Mansuhkan ISA vs PERKASA/PEWARIS vs PDRM. Masing-masing ada pandangan masing-masing untuk pertahankan pendapat mereka. walaubagaimanapun tahniah dan terima kasih diucapkan pada pasukan Polis Malaysia keran berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Di bawah ini disiarkan kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi:

Mustahil untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa, kata menteri pertahanan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negara memerlukan undang-undang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain.

"Pada hemat saya, kita jangan lihat dalam negara kita sahaja. Lihat di negara jiran kita atau di negara-negara lain.

"Mereka pun mempunyai undang-undang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu.

"Maka ia (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan," katanya selepas merasmikan kursus pidato politik anjuran Umno Cheras hari ini.

Mengulas perhimpunan oleh Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris hari ini, Ahmad Zahid berkata
pihak berkenaan tidak perlu takut dengan kewujudan ISA jika mereka tidak melakukan kesalahan.

"Saya bercakap atas pengalaman pada tahun 1998. Saya rasakan walaupun masa itu saya ditahan (di bawah ISA), saya reda dengan keadaan itu.

"Apabila saya ditanya dan disoal siasat, saya berpendapat polis telah menjalankan kerja secara profesional," kata Ahmad Zahid.

Itu pandangan beliau, apa pula KATA KITA.........

02 July 2009

Apa cerita PPSMI?

Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Setelah keluar keputusan UPSR pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak menteri, timbalan menteri dan komen-komen dari ahli masyarakat tentangnya. Ada yang mengatakan pencapaian UPSR tidak dihalang oleh PPSMI. Ada yang mengatakan pencapaian penguasaan Bahasa Inggeris meningkat dengan melihat pencapaian mata pelajaran sains dan matematik. Ada yang mengatakan PPSMI berjaya walaupun dikritik hebat. Macam-macam analisa dan komen.

Beginilah, pada pandangan saya, Kementerian Pelajaran Malaysia baik Menteri mahupun Timbalan Menteri tak usahlah mengarut. Kalau sudah majoriti rakyat tidak bersetuju dengan PPSMI, lebih baik tak payahlah dasar ini dilaksanakan. Hendak persidangan meja bulat apa lagi ? Bukankah kita hanya membuang masa dan wang rakyat untuk bersidang, mengkaji semula, menilai dan bagai-bagai lagi. Kerana mahu rakyat menguasai bahasa Inggeris jangan korbankan prestasi sains dan metematik.

Kalau dikatakan pencapaian matematik dan sains dalam UPSR meningkat kerana PELAJAR-PELAJAR MENJAWAB DALAM BAHASA INGGERIS, hal inilah yang saya selaku ibubapa hendak tanya. Betulkah anak-anak itu menjawab dalam bahasa Inggeris ? Anak-anak di mana, anak-anak siapa ? Atau soalan-soalan matematik dan sains UPSR, masih dwi bahasa dan oleh kerana dwi bahasa, ramai guru-guru yang mengajar matematik dan sains dalam bahasa Melayu ? Memberi reaksi kepada persoalan saya ini mesti telus. Jangan jadi seperti Nazri Aziz dalam kes hakim, dipecat katanya disuruh letak jawatan, lepas itu mengaku silap. Dah menyentuh kredibiliti tapi tak nak minta maaf pulak.

Kembalilah kepada jati diri kita, bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah terbukti sebagai bahasa lingua franca dan bahasa ilmu zaman berzaman.

Untuk mengatasi kelemahan Bahasa Inggeris bukan melalui PPSMI. Mengarut ! Kenapa saya kata mengarut ? Hendak memperbaiki kelemahan bahasa Inggeris, akibatnya sains, matetematik dan bahasa Inggeris yang hancur. Yang bagusnya analisa, semuanya berjaya. Tidakkah mengarut namanya tu. Realistiklah sedikit. Kaji balik sistem pembelajaran, pengajaran dan penilaian bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Pada pemerhatian saya, kandungan sukatan pelajaran BI dan kandungan buku teks, cantik dan sangat baik. Masalah yang saya nampak ialah sistem penilaian yang mengakibatkan pengajaran cikgu-cikgu menjadi huru-hara dan tiada fokus. Mencari A,A,A,A,A. Apakah A atau B itu memberi makna penguasaan berbahasa Inggeris yang sebenarnya ? Tolong jawab.

Saya bimbang cikgu-cikgu tidak ajar bahasa Inggeris untuk tujuan berkomunikasi atau melahirkan idea tetapi melatih macam burung tiong untuk menjawab soalan bagi mencapai target A. Dan cikgu-cikgu bahasa Inggeris di sekolah juga sibuk digesa habiskan sukatan, habiskan sukatan atau buat apa sahaja, janji A. Lihat…matlamat pengajaran bahasa Inggeris telah tersesat jauh!

Akibat dari kesesatan itu, inilah hasilnya, anak-anak Malaysia khususnya yang tinggal di luar bandar, belajar bahasa Inggeris 11 tahun tapi tetap tidak pandai berbahasa Inggeris. Bodoh benar mereka ? Di mana silapnya ini.? Adakah semua guru bahasa Inggeris tidak pandai mengajar kerana semua ini berlaku di seluruh negara !?

Cuba ubah sistem penilaian yang lebih mengukur penguasaan perbendaharaan kata yang kaya dan lepas itu latih dan uji mereka menyampaikan idea dalam lisan terutamanya dan tulisan, biarkan dulu perkara teknikal bahasa seperti ejaan dan tatabahasa. Uji mereka secara rasmi dalam bentuk oral dahulu. Ukurkan dua aspek itu dulu. Setelah mereka kuasai perbendaharaan kata dan aspek keupayaan penyampaian idea, mereka akan mempunyai keyakinan diri yang cukup tinggi dalam bahasa Inggeris dan di tingkatan tiga atau empat contohnya barulah ajar aspek teknikal bahasa.

Memberi keyakinan untuk berbahasa terlebih dahulu adalah sangat penting. Jangan samakan pelajar sekarang dengan pelajar dahulu. Dahulu sekolah ada dua aliran. Pelajar yang masuk ke aliran bahasa Inggeris adalah pelajar terpilih atau melalui kelas-kelas peralihan terlebih dahulu. Dan apabila mereka berada di sekolah aliran bahasa Inggeris suasana bahasa Inggeris telah wujud di sekolah-sekolah tersebut. Sekarang ?

Ingat kita bukan perlu melahirkan semua pelajar Malaysia dari segenap kampung dan desa, bandar dan kota menjadi pakar bahasa Inggeris, kita mahu mereka menguasai ilmu dan menguasai komunikasi melalui bahasa inggeris. Itu matlamat kita. Saya masih ingat sewaktu peristiwa Highland Tower, pakar terowong Jepun sudah tentu seorang jurutera bercakap bahasa Inggeris yang sangat teruk tatabahasanya sewaktu ditemuramah TV3, tapi apa yang dia mahu katakan semua orang faham.

Dan kajilah juga sedikit psikologi pelajar-pelajar bangsa Melayu yang pemalu. Sebab itu, persoalan yang boleh memalukan dan menyusahkan mereka dalam belajar bahasa Inggeris, menyebabkan mereka rasa rendah diri perlu dihapuskan. Dah nak buat macam mana mereka dilahirkan sebagai bangsa lemah lembut, sopan, tidak jenis selamba dan pemalu. Semuanya itu sifat positif jika kita pandai menguruskan psikologi mereka. Jangan salahkan mereka.

Hanya itu pandangan saya tetapi siapalah saya berbanding para pakar di Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka pasti akan bertanya "siapa anda ??" Saya hanya lulusan sekolah atap je ! http://garamlada.blogspot.com

Sumber : tranungkite.net

Wallahu' alam

Adab- adab seorang penuntut Ilmu

Assalamu'alaikum W.B.T.

Mudah2an kita semua sentiasa diampuni Allah , dirahmati Allah dan diberi petunjuk oleh Allah .

Segala puji dan syukur kpd Allah yang telah menyampaikan Al-Quran kpd Nabi Muhammad S.A.W. , dan daripada Nabi Muhammad, dan beliau menyampaikan pula Al-Quran kpd para sahabat tanpa sebarang khilaf, para sahabat menyampaikan pula Al-Quran dan Hadis kpd para pengikut, para imam2, ulama2 dan seterusnya kpd para pendakwah2. Selawat dan salam keatas kekasih Allah dan Tn Guru kepada semua umat Islam didunia, Rasulullah S.A.W., kaum keluarganya dan sahabat2nya.

Saya bukanlah Ustaz atau Ustazah atau orang yg menuntut ilmu agama secara formal. Sekadar yg saya sampaikan ini adalah petikan daripada buku "Bidayatul Hidayah" tulisan Al-Imam HijjatulIslam Al-Ghazali r.a . Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya maka iaitu:

• Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu

• Jgn membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya

• Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.

• Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

• Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.

• Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.

• Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.

• Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.

• Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.

• Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.

• Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.

• Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.

• Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hedaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 71 yang maksunya:

"Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar."

Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkaran itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.

Cintailah ilmu terutamanya ilmu akhirat, atau sekurang2nya cintailah orang yang cintakan ilmu agama dan janganlah berburuk sangka dgn mereka. Sesungguhnya apa yg mereka buat adalah antara mereka dgn Allah, apa yg penting adakah kita sendiri sudah amat hampir dgn Allah lebih dari para ustaz/ustazah/ulama ?

Sesungguhnya bala paling besar utk seseorang manusia itu ialah apabila Allah tutup mata hati daripada menerima petunjuk dan hidayah Allah, dan akhirnya semakin jauh daripada Allah. Saya mohon pembaca agar mendo'akan saya dan semua pembaca supaya sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan dilindungi dari kemurkaanNya.

Kepada pelajar yang membaca artikel ini, ambillah ianya sebagai sedikit panduan untuk kita mengamalkannya . Mudah-mudahan apa yang dipraktikkan nanti akan lebih membawa erti yang sebenar dalam pendidikan.


Maaf, jika ada yg terasa.

Wallah hu'alam.

27 June 2009

Marhaban Ya Rejab

1. Rejab datang lagiiiii....maknanya Ramadan makin hampir.Hari ini 1 Rejab..merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam. Sayu bercampur gembira menyambut kedatangan bulan yang mulia dalam Islam. Rasa masih baru lagi ramadan yang lepas. Alhamdulillah Tuhan masih memberi kesempatan untuk bersama meraikan bulanRejab yang mulia pada tahun ini.

2. Rejab didalamnya terdapat peristiwa Isra' Mi'raj yang menandakan bermulanya perintah untuk mewajibkan kita menunaikan solat lima kali sehari semalam. Bagi mereka yang jiwanya penuh dengan nilai-nilai keimanan, maka solat merupakan satu perintah yang memberi kemanisan dalam diri. Namun sahabat-sahabat yang masih belum dapat melihat dan menikmati kemanisan iman pasti merasakan bahawa solat itu satu bebanan yang tidak terhingga.

3. Bagi semua umat Islam, saya ucapkan selamat menyambut kedatangan bulan rejab dan diikuti bulan Syaaban serta Ramdan Al Mubarak. Perbanyakkan amalan. rajin-rajin berpuasa, banyakkan bersedekah serta memberi makan anak yatim dan fakir miskin.

Selamat Hari Bapa

27 Jamadil Akhir bersamaan 21 Jun yang lalu saya menerima satu lukisan dari anak perempuan tunggal saya Nisha dengan ucapan :

SELAMAT HARI BAPA
Nisha Sayang babah
Babah merupakan orang yang sangat bermakna dalam hidup Nisha.....

Saya sangat terharu dengan ucapan yang diterima dari anak-anak dan mengingatkan saya bahawa saya juga patut lakukan perkara yang sama terhadap bapa saya...begitu juga saudara-saudara sekelian

Saya amat yakin bapa-bapa di seluruh dunia ini tidak memerlukan hadiah yang hebat-hebat namun hanya doa dan ingatan mereka terhadap kita yang amat diperlukan.

SELAMAT HARI BAPA

13 June 2009

Family Day di Kalumpang resort

salam semua.....
Semalam kami satu famili baru balik dari bercuti di Kalumpang resort. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Aku tak pernah sampai....tapi cari-cari akhirnya jumpa tempat yang dituju. Percutian kali ni ditaja oleh UMNO Cawangan Kuang Barat. Pemandangan sepanjang perjalanan memang menarik. Sampai di sana lebih kurang jam 4.00 petang. Lepas check in kami keluar ke Felda Trolak atas urusan Doodiey, adik ipar yang sekarang sedang bergelut dengan masalah keluarganya. Mudah-mudahan segalanya akan diselesaikan dengan secepat mungkin. Malam baru balik semula ke resort. Selepas makan malam, ada karaoke. Akhirnya..aku tterkena jugak untuk menyanyi mlm tu. atas semangat tak mahu menghampakan rakan-rakan...aku nyanyi gak lagu WIDURI nyanyian Broery...hantam sajala labuuuuu.
Program semuanya berjalan lancar. Semoga tahun hadapan program sedemikian akan diadakan lagi demi perpaduan dan ikatan silaturahim antara ahli UMNO Cawangan Kuang Barat akan bertambah kukuh lagi..

anakmanap....: Selamat datang..

anakmanap....: Selamat datang..

08 June 2009

Selamat datang..

Salam utk semua...
Percubaan pertama untuk membina blog sendiri mula terhasil. Berdasarkan sedikit ilmu yang ada ditambah lagi dengan semangat membara untuk menyiapkan blogspot sendiri, maka terhasillah apa yang sedang ditatapi pada ketika ini. InsyaAllah di masa-masa akan datang bakal terbit penulisan yang boleh diperbincangkan....InsyaAllah